Saturday, May 03, 2014

Seoul - Day 5

Hari hari baca blog orang lain. Sungguh terperinci. Diri sendiri dah tahap malas langit ke tujuh. Tapi takpa. Jom cuba. Maaf kalau tak menarik ye :)

Waktu ni dah hari Rabu. Ikut itinerary kami nak pergi SBS Building, KBS Building, 63 Building & Hangang River Park. Mengikut pada research kat blog blog orang yang dah pernah datang, lokasi tempat tempat ni agak jauh dari town Seoul. Tapi seperti biasa kami bukan keluar pagi pagi seperti orang lain. Sekali lagi, salahkan cuaca :B


Untuk sampai ke SBS Building ni, tuan tanah refer kat blog ini. Peminat Running Man ni. Jangan memain. Subway station yang terdekat dengan SBS Building ini adalah Omokgyo Station (Exit #2) Kalau macam kami yang dari Hyehwa kami harus berhenti di Dongdaemun History & Culture Park station dan tukar ke Line 5 menghala ke Banghwa. Kami turung di Omokgyo Station dan ambil Exit #2. 

Mula mula tu agak risau juga tengok subway map diorang ni. Tapi sebenarnya mudah je. Sama je macam komuter atau lrt kita ni. Janji kita tahu line mana & train menghala ke mana kita kena ambil. Contoh kalau dari KL Sentral nak turun di station Klang haruslah ambil komuter yang menghala ke Pelabuhan Klang. Faham kan? Jangan risau announcement dalam subway tu ada dalam bahasa inggeris dan ada screen tulis apa next station dan patut exit pintu kiri ke kanan anda. Kacang je tu. cewahhh. Ada few bloggers kata subway kat Jepun pun mudah lebih kurang macam dekat Seoul. Jadi kalau tuan tanah pergi Jepun pun sure kacang buncis je kan. Hihihi. 

Ok berbalik pada cerita. Lepas ambil exit 2 tu, anda akan jumpa walkalator panjang. Dan jangan terkejut kalau walkalator tu terus menghubungkan anda ke dalam shopping mall. Hyundai Department Store uols. Ingat Hyundai ada kereta je? Kat sana ada shopping mall siap. Assuming bila masuk je shopping complex uols kat lower ground floor. Akan jumpa panggung wayang diorang. Terfikir nak tengok wayang cerita korea juga waktu tu. Tapi bukan ada subtitle. Kang nganga je tuan tanah dan mimi nanti. hihi.  

Dari lower ground floor korang kena naik 1 tingkat untuk ke ground floor dan keluar dari main entrance shopping mall tu. Kat main entrance ni ada banyak basikal yang parking kat depan tu tau. Kalah kedai basikal. Hebat sungguh negara orang. Cuba kita letak basikal kita depan rumah sekali pun. Mau lesap lepas 10 minit. Hihi. Dari main entrance tu dah boleh nampak dah SBS Building di arah kiri anda.



Punyala excited masa ni. Tengok dari jauh dah excited. Dah la masa ni hujan dah start renyai renyai. Tapi demi Running Man yang kami suka gila tu, kami redah je pergi SBS Building ni. Btw, kat area SBS Building ni ada star street. Ala ala macam Avenue of Stars kat Hong Kong tu. Tapi bukan tau sapa punya tapak tangan pun sebab tulisan hangul kan. 



Sambil renyai renyai ni memang kumpul kekuatan dan tebalkan muka je ambil gambar kat depan SBS Building. Sebenarnya melalui pembacaan kita tak boleh masuk dalam building ni. Boleh ambil2 gambar je depan ni. Malu gak kan orang keluar masuk dari building ni. Ada pulak 2 budak comel ni sibuk beriya iya ambil gambar bagai nak rak. Agaknya tengok level kejakunan kami yang agak teruk, tiba tiba pak guard situ suruh masuk. Kami macam terpinga. Betul ke ni? Tapi dia kata only ground floor & no picture. Apa lagi kami ni. Tunduk 2-3 kali sambil cakap kamsahamnida dan terus berjalan macam orang nak pergi mencuri. Haha. Masuk je dalam terus rasa star struck. Padahal bukan ada sapa pun. Ada la satu coffee shop dan satu radio station nampak dj sedang bertugas. Ada la few orang datang jadi penonton kot. Nak naik lift kena pakai passcard. Kalaula tak pakai mahu kami dah naik dah kot. haha. Sorry kawan kawan takdak gambar. Sebab tuan tanah memang penakut. Kalau tak boleh, memangla tuan tanah tak buat. 

Coffee shop ramai orang. Kami hanya duduk ditepi tepi je. Tengok orang lalu lalang dengan harapan ada muka muka yang kami kenal. Sambil sambil tu mengenang kembali Running Man episode Park Shin Hye, Kim Wo Bin & Choi Jin Hyuk datang main pengepam air yang dilekat ke tiang building. Hehe. Lepas dalam 10 minit kami duduk melihat orang tiba tiba orang orang yang duduk kat coffee shop tu berlari ke satu arah lift tau. Duk ambil ambil gambar. Mengikut orang yang keluar tu. Kami budget sure artis famous ni. Artis lelaki ni siap jalan depan kami berdua sambil dikerumuni orang orang yang dari coffee shop tu keluar dari building. Kami berdua? TAK KENAL LANGSUNG. hahaha. lawak disini. Cuba kalau Kang Gary ke Lee Kwang Soo ke. Memang kami la champion berlari untuk kejar diorang. Tapi yang bagusnya disini acara mengejar artis itu berlaku dalam keadaan senyap. Cuma dengar bunyi tapak kaki berlari & bunyi lensa kamera. Sopan sungguh. Lepas artis tu dah masuk kereta, terus diorang yang mengejar ni masuk dan duduk semula macam biasa. Kami saspek mereka ini adalah wartawan hiburan ataupun blogger la kot. Kalau peminat kipas susah mati die hard fan sure dah ikut kereta artis tu ye tak? 


Selepas dalam setengah jam kami kat SBS Building, kami teruskan perjalanan ke KBS Building. Oh ya, KBS Building ni terletak berdekatan dengan National Assembly Station (Exit #4) Tapi mengikut dari pembacaan kami, dari Exit 4 itu juga agak jauh untuk berjalan ke KBS Building ni. Jadi kami yang berlagak ala ala kaya ni guna taxi je. Dalam KRW6,000 dari SBS Building. Yang bestnya tuan tanah kan tunjuk alamat KBS kat taxi driver, dia betul betul bawa kami ke main building KBS ni. Dengan selamba ya ya je masuk rupanya ni office orang. HAHA. Lepas bertanya di kaunter pertanyaan diorang baru tau KBS Exhibition Hall ni terletak dibangunan sebelah main building ini. 

Sampai je kat bangunan yang menempatkan exhibition hall tu nampak la few radio stations tengah on air. Ada la few peminat yang duduk diluar siap makan bagai. Cuaca dah la sejuk, awak berumahtangga kat depan radio station. Memang kipas susah mati. Oh ya, nak masuk exhibition hall ni free je. Jalan jalan tengok history KBS. Tapi naik tangga mintak nyawa. haha. 







Dapatla kami merasa macam mana buat process dubbing cerita kartun, pastu ala ala baca berita. Padahal semua dalam bahasa diorang. Tapi oleh kerana takde orang, memang semuaaaaaaaa ni kami yang punya.


Dalam sejam lepas tu kami naik teksi lagi ke Hanggang Park. Time ni masih hujan renyai renyai. Cuaca sejuk jangan cakaplah.


Niat dihati nak naik cruise, tapi next jadual cruise nya lagi 2 jam. Ahhh lama sangat. Lepak la kat Lotteria. Favorite place kan. Lepak sini jap. Panaskan badan dan jalan jalan sekitar taman ni sekejap.





Nak sewa basikal pun kena cancel sebab hujan kan. Sejuk kot angin dia. Tak mampu nak gigihkan diri. So dari sini kami naik teksi ke Myeondong lagi. Kali ni dah janji untuk berjumpa dengan kawan baru lagi. 

Seperti biasa makan nasi goreng di Yogane dan pergi stall ahjumma untuk makan fish cake. Feel dia memang syiokkk! Panas panas sup tu hirup diwaktu sejuk. Sementara tunggu kawan baru sampai, apa lagi tangan ni. Memang membeli saja. Suka sungguh pergi Myeondong ni. Macam macam ada. Yang tak perlu pun boleh TERbeli. 


Nahhhh, budak Medan yang berumur 23 tahun. Shahsta Klara namanya. Travel ke Seoul seorang diri. Dan menumpang dirumah korean girl, senior university dia dulu. Katanya sejam dari tempat dia tinggal nak ke Myeondong. Punyala gigih si Klara ni nak datang hanya untuk makan. But it was nice. Kelakar yang amat. Confirm boleh masuk kepala sesiapa je dia ni. 

Lepas dah makan dan strolling around kejap, jam dah hampir jam 9pm. Halau si Klara balik sebab dia kan nak balik jauh. Dah la sejam dalam subway. Naik bas pulak dari station dia turun untuk ke rumah senior tu. Tak manis pulak dia balik malam malam kan. 

Sebelum kiss kiss bye bye, siap janji akan jumpa esok lagi. Dia offer diri dia untuk ikut kami. Haha. Memang dia datang sini tanpa planning langsung. Hebat sungguh. 

Oklah, jumpa lagi untuk entry Day 6 ye. Sebab malam lepas jumpa Klara ni kami dah start packing sikit sikit. Especially Mimi la. Tuan tanah memang tak reti packing :B

Selamat berhujung minggu kawan kawan :))


4 comments:

  1. Naz, detail betul story nyer suka suka suka :-)
    Betul tu klau pandai baca subway seoul mmg lulus lah tp ada tambahan sikit d jepin ada train express dan local so make sure be carefull sblm nai sbb express train stop at a fews station je jgn nanti bila naik x stop kt stesen tu. Klau loal trai will stop at every stn
    Then, naik x cruise tu, klau naik waktu mlm lagi cantik view nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam AREX kat Seoul tu la kan? Few stations je dia berhenti. Noted JM. hehe. Pasal cruise pun dah jot down. Manala tahu ada rezeki naz pergi sana lagi. Thank you JM :))

      Delete
  2. korang patut gi SBS tu hari senin/selase .. sebab dua hari tu je diorng wat shooting running man ... hahahah aku dari tak penah tengok running man , skang dah addicted ... gara2 nak tengok kwangsoo yg bodoh2 alang tu.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Azra. Silap percaturan. Takpa, nampaknya kena pergi lagi ni. Tak sangka kan boleh addicted?

      Delete